AWAS !!!!

Awas.........

Tengok jer jangan pegang



Wednesday, July 7, 2010

Bersalin kulit kali pertama

Setelah menunggu lebih kurang 2 minggu, ku lihat beberapa ekor sudah mula bersalin kulit. Ketika ini si Ibu lebih cenderung untuk memakan anaknya terutama yang merangkak kebahagian mulut si Ibu. kemungkinan si ibu lapar dan tidak dapat membezakan antara anak dan makanannya.

Melihatkan keadaan ini aku pun mula memisahkan si Ibu dari anaknya. Dengan menggunakan lidi aku pun menolak anak kala tadi supaya terjatuh dari badan ibunya dan memindahkan anak tersebut kedalam bekas yang lain dengan meletakannya diatas tunggul kayu.

Aku tetap menyediakan makanan ulat yang telah dipotong namun tidak disentuh sedikit pun. Warna anak kala mula bertukar kekuningan. Aku tertanya-tanya bilakah anak kala ini mula makan sehinggalah lebih kurang 2 minggu barulah cengkerik yang dipotong mula dimakan dan anak kala tadi mula menyorok dibawah tunggul kayu. AHH Lega......dah boleh makan,
Anak kala akan memanjat atas belakang ibunya sehingga proses bersalin kulit untuk kali pertama. Jika ibu Kala ini diganggu ia akan memakan anak-anaknya. Terdapat juga anak kala yang mati tersepit dan gagal untuk bersalin kulit.

Tuesday, July 6, 2010

Masalah Bermula

Melihat kepada anak Kala yang berada atas ibunya, timbul persoalan bagaimana nak memberi makan kepada anak kala tersebut. Apakah makanan yang bersesuaian dan adakah anak kala itu dapat terus hidup dan membesar.

Bingung memikirkan masalah tersebut aku lantas ke kedai ikan tempat aku membelinya dan bertanya kepada tokey kedai. Tokey kedai berkata " Lu banyak Ong, tak pernah lagi ada kala yang beranak yang dijualnya. Dia pun tak tau macamana nak jaga dan beri makan apa. Cuma katanya kalau kala tu dah besar jual balik sama dia, dia akan beli. Dia juga memberi ulat secara percuma dan menyuruh saya menguntingnya kecil-kecil dengan harapan anak kala itu akan memakan ulat tersebut.

Kelahiran beberapa ekor anak Kala Jengking

Tidak berapa lama aku memelihara Kala Jengking tersebut aku dapati perutnya semakin membesar, tidak banyak bergerak dan kelihatan seperti sakit. Mungkin aku telah memberinya terlalu banyak makanan. Diet utama bagi sang Kala jengking adalah cengkerik. Aku juga akan menyemburkan air sekali sehari supaya bekas kaca tempat aku menyimpan kala itu supaya sentiasa lembab. Aku juga telah meletakan pasir yang ku beli di kedai ikan. pada mulanya pasir itu untuk memelihara tanaman air dalam aquarium namun projek itu gagal kerana masalah C02.

Sungguh tak disangka Kala yang ku beli itu sebenarnya bunting dan bakal melahirkan beberapa ekor anak. Suatu hari aku dapati beberapa ekor anak telah dilahirkan. warna nya putih dan sangat lembut. Keesokan harinya keluar lagi beberapa ekor sehingga jumlahnya menjadi lebih kurang 40 ekor.

Binatang Peliharaan : Si Kala Jengking





Minat untuk memelihara Kala Jengking bermula apabila aku terpandang beberapa ekor Kala Jengking dewasa di sebuah kedai ikan ditempatku. Ia diletakkan didalam bekas plastik. Pada masa itu ku lihat anak tokey kedai sedang bermain dengan si Kala Jengking. Lalu aku pun bertanya kepada nya " Lu tak takut kena sengat ke?". Tokey kedai yang terdengar perbualan tersebut lalu berkata " ini scorpion tak bahaya punya, dia punya bisa tak kuat". "Betul ke tokey, kalau dia sengat boleh mati ni....
"Lu tengok sini" lalu tokey kedai pun mengeluarkan seekor Kala dari bekas plastik dan meletakannya diatas tapak tangan beliau. " Banyak olang sudah beli ini sorpion, kalau dia gigit tarak sakit macam kena gigit semut jer" kata tokey kedai. Aku akhirnya membeli seekor Kala Jengking yang paling besar yang terdapat di kedai itu.